SYAMIL yang merupakan seorang arkitek bersahabat karib dengan DANIAL telah meluahkan perasaannya pada ALYA NATASHA dalam perjalanan mereka ke suatu tempat yang mereka sendiri ditakdirkan untuk `berjumpa`. Di dalam perjalanan tersebut, Syamil yang tidak dapat menahan pendam pada Alya telah meluahkan rasa cintanya pada Alya sambil didengari oleh Danial yang merupakan kekasih pada Alya. Beberapa ketika selepas Syamil meluahkan perasaannya itu, satu kemalangan telah berlaku pada mereka bertiga. Akibat daripada kemalangan yang dasyat itu, Syamil dah Danial cedera parah dan mereka dimasukkan ke dalam bahagian rawatan unit rapi dan mereka berdua koma. Alya yang hanya cedera ringan bingung kerana doktor menyatakan antara mereka berdua, hanya salah seorang sahaja yang boleh diselamatkan dengan melakukan pemindahan hati salah seorang antara mereka.
Alya yang mengalami tekanan perasaan masuk ke dalam bilik rawatan rapi dan tertidur antara mereka berdua. Dalam mimpi Alya, Alya telah menjadi perantaraan antara Syamil dan Danial. Dalam mimpi Alya, Syamil telah datang kepada Alya sebelum Danial masuk melamarnya dan Alya menerima Danial dengan hati terbuka kerana Danial seorang yang baik hati. Syamil yang menaruh harapan terhadap Alya terpaksa mengundur diri kerana kelewatannya untuk berterus terang.
Dalam mimpi tersebut, Alya terkenang kembali saat-saat dimana dia begitu akrab dengan Syamil. Danial juga datang pada `masa yang sama` untuk membuktikan kesungguhannya dalam menawan cinta Alya. Sepanjang Alya berada dalam `koma` Syamil dan Danial, Alya juga telah menyaksikan satu pertemuan antara Syamil dan Danial. Pertemuan tersebut adalah pertemuan sulit antara mereka berdua di mana Syamil telah akur dengan kehendak Danial untuk melamar Alya.
Alya yang hanya ada masa beberapa jam saja terpaksa membuat pilihan antara siapa yang akan dipilihnya untuk diselamatkan. Adakah Alya akan memilih Danial yang merupakan kekasihnya ataupun Syamil yang begitu mulia hatinya dihati Alya ?
complicated... ehheheh^^ ape incik ckp mse amek skrip?
ReplyDeleteseriusly bce skrip ni mnitis air mata sy :)
ReplyDeletekorng pnyer idea mmg best